top of page
  • admin

Rumah mampu milik HDB jejas Bumiputera


KUALA LUMPUR 23 Feb: Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berkata, projek rumah mampu milik mengikut konsep Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) Singapura jika diperkenalkan di negara ini akan menekan penduduk Bumiputera.


Katanya, ini berikutan sejumlah besar pencarum KWSP yang mempunyai jumlah simpanan kurang daripada RM10,000 adalah golongan Bumiputera.

“Apakah kerajaan yakin golongan Bumiputera, khsususnya Melayu mampu membeli rumah yang dibina kerana sebahagian besar mereka adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Apatah lagi 6.1 juta rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM10,000 berbanding penduduk Singapura yang berpendapatan tinggi dan mempunyai caruman tinggi dalam Lembaga Tabung Simpanan Pekerja Singapura,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Shaharizukirnain turut meminta penjelasan kerajaan sama ada sudah ada mana-mana kerajaan negeri yang menggunakan kepakaran HD.


“Jika ada, apakah kejayaan yang telah dicapai dan apakah kesan kepada pemilikan tanah kaum Bumiputera khususnya bangsa Melayu.

“Adakah dengan menggunakan kepakaran HDB boleh membantu kerajaan mencapai sasaran rumah mampu milik sebanyak 500,000 unit menjelang 2025,” soalnya.


Mengikut soalan asal, beliau meminta kerajaan menyatakan rasional membawa masuk pakar perumahan Singapura ke negara ini sedangkan negara mempunyai pakar-pakar perancangan bandar tempatan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

bottom of page