top of page
  • admin

Rundingan Kerusi parti gabungan PH Dijangka Selesai Oktober


SEREMBAN, 16 Sept Gabungan pembangkang,Pakatan Harapan akan memuktamadkan rundingan kerusi antara parti komponen gabungan pertengahan Oktober ini.


Selain itu manifesto PH untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) juga akan diselesaikan menjelang Konvensyen PH juga pada pertengahan Oktober.

“Bagi membina gelombang rakyat ke arah PRU15, Pakatan Harapan akan memulakan siri jelajah ‘road show’ melibatkan kesemua pimpinan utama bermula Oktober,” katanya kenyataan yang dikeluarkan sempena temurapat di Seremban pada hari Khamis.


Dalam pada itu PH berkata, terdapat peningkatan sokongan terhadap gabungan itu dalam kalangan pengundi.


Selain itu,Jentera PH telah digerakkan dan telah bersedia bag menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.


“Kami menerima baik dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PH dari kalangan semua kaum sejak dua bulan kebelakangan ini,

“PH menegaskan kesediaan untuk memasuki serta memenangi PRU15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu lagi.


PH dalam kenyataan itu turut menyatakan kegusaran terhadap kajian yang melaporkan empat daripada lima rakyat negara ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan ekonomi negara.

bottom of page