Sabronzo lali dikecam seksi
2 Disember 2022
Penyanyi ahli kumpulan Dolla, Sabronzo yang sering memuat naik foto berimej seksi mengakui dirinya lali dengan komen dan kecaman netizen tentang penampilannya.
Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli berkata, apa yang dilihat netizen adalah imejnya sejak dahulu sebelum bergelar artis.
Menurut Sabronzo, 26, dia sudah biasa dengan komen-komen yang berbaur kecaman sebegitu.
Saya hanya kekalkan identiti yang sama sejak dulu. Bagi saya jangan judge 100 peratus daripada imej seseorang.
Jelas penyanyi lagu Impikan itu, dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berubah atau mengurangkan imej seksi pada masa akan datang.
Setiap orang ada perjalanan sendiri dalam hal agama. Saya berpakaian seperti biasa saja. Tapi pada masa depan apa saja boleh terjadi, just follow the flow.
Dalam pada itu, Sabronzo kini mula melibatkan diri dalam dunia lakonan dan baru sahaja menghabiskan penggambaran filem Pulau.
Коментарі