Arissa Azman
Safe@Work bantu industri imbangi kelansungan operasi
3 Julai 2021

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memperkenalkan satu iniasiatif yang dinamakan Safe@Work, sejajar dengan akur tentang kewujudan penularan wabak Covid-19 yang berlaku di tempat kerja.
Safe@Work ini merupakan salah satu usaha untuk membantu pihak industri mengimbangi kelangsungan operasi justeru menjamin persekitaran tempat kerja dan tempat tinggal yang selamat untuk pekerja.
Bagaimana inisiatif Safe@Work mampu mengawal penularan wabak?
Safe@Work adalah satu sistem pengurusan pekerja yang berfokus untuk mengasingkan pekerja mengikut status kontak rapat. Jika di dalam syarikat tersebut terdapat pekerja yang merupakan kontak rapat kes COVID-19, mereka akan diasingkan daripada pekerja lain.
Macam mana pekerja kontak rapat diasingkan?
Mereka ini akan diletakkan di dalam “Safe Work Bubble”.
Pekerja kontak rapat masih boleh pergi ke kerja namun mereka akan diasingkan mengikut lokasi tempat bekerja, tempat tinggal dan kenderaan pekerja.
Mereka akan diasingkan dan diletakkan di dalam “Safe Work Bubble” sehingga disahkan selamat.
Memandang serius isu penularan wabak COVID-19 yang datangnya daripada kluster ekonomi, pelaksanaan Safe@Work mampu mengurangkan risiko pekerja daripada dijangkiti secara mendadak yang akhirnya membawa kepada risiko penutupan operasi perniagaan.
Tambahan lagi, dengan pelaksanaan Safe@Work, syarikat boleh menikmati potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 untuk perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja, kelengkapan berkaitan, keperluan asas dan macam-macam lagi.
Syarikat yang berminat untuk memohon Safe@Work boleh layari notification.miti.gov.my
Ayuh mulakan permohonan anda, bersama kita mengekang penularan wabak di tempat kerja dan menjamin kelangsungan ekonomi.
--PN Online