top of page
  • StrangePlay

Salah layak menang d'Or

19 Oktober-Liverpool

Jurgen Klopp berkata Mohamed Salah layak memenangi Ballon d'Or tahun ini - tetapi mengakui ketiadaan kejuaraan pada musim 2020-21 akan menjejaskan peluangnya. Liverpool menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris musim lalu selepas dibelenggu kecederaan, tetapi Salah kekal pada prestasi terbaik dengan meledak 31 gol dalam 51 perlawanan untuk The Reds. Pemain 29 tahun dari Mesir itu memulakan kempen kali ini dengan cemerlang, meledak 10 gol dalam 10 perlawanan sekali gus menjadikannya antara pemain terbaik di dunia ketika ini. "Saya tidak tahu bagaimana anda memenangi Ballon d'Or. Jika ia berkenaan berada di final Liga Juara-Juara, menjaringkan gol paling banyak, ia mungkin sukar (buat Salah). "Tetapi jika ia berkenaan persembahan sepanjang dua tahun lalu, saya rasa dia mempunyai peluang," kata Klopp. Salah berada dalam senarai pendek calon dan pemenangnya akan diumumkan pada 29 November nanti. Salah menjaringkan gol menarik ketika menentang Watford Sabtu lalu di mana Liverpool menang 5-0. Jaringan hasil gerakan solo itu turut dilakukan ketika seri 2-2 menentang Manchester City sebelum rehat perlawanan antarabangsa. - AGENSI


Comments


bottom of page