top of page
  • newsatmy

Sarat Hamil 7 Bulan, Ernie Zakri Tetap Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

22 Disember 2021

Meskipun sedang sarat hamil 7 bulan, penyanyi bersuara lunak Ernie Zakri tetap turun padang dan melibatkan diri dalam kerja-kerja amal bagi membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir.


Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,28, dilihat sedang sibuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam sambil ditemani suami, penyanyi Syamel.


Dia dalam pada itu turut mengucapkan rasa syukur kerana pengalaman itu dipermudahkan dan diberi kesempatan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat bencana alam itu.


Manakala di satu hantaran yang lain, Ernie menzahirkan perasaan hiba apabila melihat situasi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia dan berharap agar semua mangsa dapat diselamatkan dengan kadar segera.


Walaupun kita rasa duduk di rumah sahaja tidak membantu, tapi bila kita kongsikan apa-apa info tentang banjir (mangsa), itu sudah besar pahalanya.

Advertisement


Penyanyi lagu Boneka itu juga sempat menyampaikan pesanan kepada para sukarelawan agar sentiasa menjaga diri memandangkan negara masih dalam fasa melawan wabak pandemik COVID-19 pada ketika ini.


“Saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan terutama mereka yang turun padang (sukarelawan). Jaga diri sebab kita masih lagi dalam situasi COVID-19.” jelas penyanyi kecil molek ini lagi.

bottom of page