top of page
  • Writer's pictureNihaba

Sasar 15 peratus sumbangan PKMS 2025-Muhyiddin

31 Oktober

AYER KEROH – Daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera dipertingkatkan bagi mencapai sasaran 15 peratus sumbangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2025.


Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia kerana golongan Bumiputera turut memainkan peranan yang penting dalam aspek memacu ekonomi negara.

“Pencapaian itu akan disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu termasuk memastikan penyertaan lebih ramai usahawan Bumiputera menceburi bidang ekonomi digital.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Seminar Pendigitalan Perniagaan, Perasmian Produk Smart Bio Sureco dan Buletin Yayasan Penggerak Wawasan di Ayer Keroh D’Village Resort, hari ini.


Hadir sama Exco Pembangunan Belia Negeri, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohidden, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik dan lain-lain kenamaan.


Kesungguhan dan komitmen semua pihak khususnya usahawan tempatan Bumiputera akan mampu bersaing dengan usahawan negara maju.ujar beliau.


Dalam pada itu, beliau berkata bagi menyokong agenda digitalisasi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kerajaan semasa kepimpinannya telah menyediakan bantuan geran padanan sehingga RM5,000.

Comments


bottom of page