top of page
  • admin

Satu lagi PPS dibuka di Johor



JOHOR, 22 Sept- Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Pontian. PPS menempatkan 18 penduduk daripada tiga keluarga yang terjejas akibat banjir di Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya, Pontian.

(Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Pontian, menjadi pusat pemindahan sementara (PPS)

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, hujan lebat melebihi dua jam pagi tadi menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air. Sementara itu di PPS SMK Seri Gading, Batu Pahat, 44 penduduk dari 11 keluarga masih berlindung. PPS itu menempatkan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

bottom of page