top of page
  • admin

Satu lagi PPS dibuka di Johor


JOHOR, 26 Sept; Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka pagi tadi di Batu Pahat, menjadikan keseluruhan lima PPS beroperasi sejak banjir melanda semalam. Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, seramai 251 penduduk daripada 73 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Batu Pahat dan dua di Pontian. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS yang dibuka pada pukul 7.30 pagi tadi ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh yang menempatkan 56 penduduk daripada 13 keluarga. "116 penduduk daripada 35 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Agama Seri Bengkal dan Sekolah Kebangsaan Bintang Peserai di Batu Pahat. PPS berkenaan masing-masing dibuka sejak 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari semalam," katanya menurut kenyataan.


Manakala 79 penduduk daripada 25 keluarga di Pontian, dipindahkan ke Pusat Kokurikulum Johor Sungai Tempayan dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong, yang mula dibuka tengah hari semalam selepas tujuh kampung dilanda banjir.

Коментарі


bottom of page