top of page
  • newsatmy

Saya belum buat keputusan sertai Real Madrid - Mbappe

4 April 2022

KYLIAN Mbappe menegaskan tidak ada persetujuan untuk membawanya ke Real Madrid selepas aksi cemerlangnya memacu kemenangan 5-1 Paris Saint-Germain ke atas Lorient semalam.


Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan dua gol dan membantu tiga lagi gol PSG, dengan Neymar memperoleh dua dan Lionel Messi satu lagi, ketika pasukan Mauricio Pochettino mengekalkan kelebihan 12 mata di puncak Ligue 1.


Ketidakpastian kekal di mana Mbappe akan bermain musim depan, dengan Madrid mengetuai kelab Eropah untuk mendapatkan mendapatkan khidmat penyerang yang kontraknya tamat pada akhir musim ini.

Mbappe mengulangi selepas kemenangan menentang Lorient bahawa keputusan masih belum diambil, mungkin meningkatkan kemungkinan dia boleh kekal di Paris.


"Tidak, tidak, tidak, saya tidak membuat pilihan, semua orang tahu bahawa saya tidak membuat pilihan, saya tidak membuat keputusan saya," katanya kepada Prime Video.


“Saya berasakan kerana ada elemen baharu, ada banyak perkara, banyak parameter dan saya tidak mahu tersilap, saya mahu membuat pilihan yang betul.


"Saya tahu bahawa hal ini dibincangkan setiap hari. Jika saya telah membuat keputusan saya akan menyatakannya, saya tidak perlu melaporkan kepada sesiapa.


"Buat masa ini, saya perlu mengambil masa dan mahu membuat keputusan yang terbaik."

bottom of page