top of page
  • newsatmy

Saya berhati-hati memilih kawan – Intan Najuwa

16 Disember 2021

PETALING JAYA: Pelakon, Intan Najuwa mengambil pendekatan untuk memilih mengekalkan kelompok kecil dalam berkawan.


Menjadikan pengalaman lalu sebagai iktibar, Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, berkata, mengakui pernah dikhianati sahabat sendiri sebelum ini.


“Saya berhati-hati memilih kawan dan hanya berada dalam kumpulan yang kecil saja. Pernah, beberapa kali insiden ini terjadi yang menjadikan saya lebih matang.


“Penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal. Benar, saya sudah membuang mereka yang toksik,” kata Intan.


Dalam pada itu, Intan juga menasihat jangan mudah meletakkan kepercayaan kepada seseorang walaupun sebaik mana kelakukannya.


Malah, menapis dan berhati-hati untuk memilih kawan yang berkualiti.


“Nasihat saya kalau sesiapa yang pernah ditikam oleh kawan supaya lepas ini lebih berhati-hatilah sebab tidak semua orang depan mata kita yang baik hati itu kita boleh percaya.


“Bagus untuk pengajaran supaya lepas ini lebih berhati-hati bila jumpa orang,” ujarnya.

bottom of page