• newsatmy

"Saya cuma mahu ingatkan patuhi SOP" - Dr Zaki

25 Mei 2021

Pasir Gudang, 25 Mei 2021, Corak semasa kes Covid-19 di Johor yang semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan rakyat di negeri Johor semakin resah dan risau.


Kebelakangan ini, Negeri Johor melihat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di kalangan komuniti akibat aktiviti sosial dan keagamaan yang tidak mematuhiSOP.


Susulan itu, Jabatan Kesihatan telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan survelans ke atas Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau di negeri Johor bermula dengan daerah Johor Bahru pada 22 Mei 2021 yang lalu bertempat di Masjid At- Taqwa, Taman Kota Masai dan Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.


Sejumlah 75 orang petugas kesihatan yang terlibat dalam saringanpada hari ini melibatkan anggotaKesihatan dari PejabatKesihatan Daerah JB, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat,Pontian dan Tangkak.


Selain itu, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Negeri Johor juga mengambil peluang dengan memberi bantuan dari segi makanan dan barang keperluan kepada pesakit Covid-19 yang sedang berkuarantin di PKRC Pasir Gudang petang semalam.


Jumlah kemasukkan pesakit Covid tahap 1 dan 2 yang tidak mempunyai masalah penafasan di PKRC Pasir Gudang, Johor meningkat hampir seribu orang di sepanjang 2 minggu yang lepas.


Turut sertai semasa sesi pengagihan barangan sumbangan ialah Pengarah PKRC Pasir Gudang, Dr Zaki, YB Rasman selaku ADUN Sedeli dan beberapa orang yang mewakili Perikatan Nasional.


“Saya cuma mahu ingatkan patuhi SOP dan ikut apa jua saranan kerajaan termasuk pengambilan vaksin dan juga pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan”. Kata Dr Zaki selaku Pengarah PKRC Pasir Gudang, Johor.


“Semoga segala usaha akan dapat ditangani dengan segera”. – PN Online