top of page
  • newsatmy

'Saya teruja!' - Reaksi Shakira selepas Puteri Charlotte 'jatuh hati' dengan 'Waka Waka'

8 Disember 2021

PUTERA William baru-baru ini mendedahkan puteri Baginda Puteri Charlotte, gemar menari dengan lagu nyanyian Shakira, 'Waka Waka'.


Terkenal dengan jolokan nama, 'The Queen of Latin Music', Shakira memberi respon positif kepada Puteri Charlotte, baru-baru ini.


Dalam satu pautan di Twitter peribadinya, Shakira menyuarakan keterujaannya kerana lagunya menjadi pilihan Puteri Charlotte, lapor portal antarabangsa Sputniknews.com

Putera Charles dalam satu temu bual, "Time to Walk" , terbitan Apple Fitness+ podcast berkata, Puteri Charlotte menyukai lagu Shakira, 'Waka, Waka', terbitan Piala Dunia FIFA 2010.


Menurut Duke of Cambridge itu, puterinya yang berusia enam tahun itu menyukai memakai 'baju gaun dan barangan tarian balet' dan menari-nari di sekeliling dapur dan puteranya, Putera Louis, 3, mengikut rutin tarian kakaknya.


Putera William turut berkongsi lagu kegemarannya, iaitu AC/DC berjudul, "Thunderstruck" dapat membantu beliau bangun pagi terutamanya pada hari Isnin, "kerana ia memberikan mood yang cukup sesuai dan anda merasakan agar anda boleh melakukan apa sahaja terhadap sesiapa."

bottom of page