top of page
  • Writer's pictureNizam

SCIB raih kontrak EPCC RM63.91 juta membina servis apartmen 35 tingkat di KLDagang NewsNovember 12

12 November

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB), menerusi subsidiarinya, SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd. (SIBS) telah menerima satu Surat Penganugerahan dan Penerimaan (LOA) daripada Twinwood Development Sdn. Bhd. bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dianggarkan bernilai RM63.91 juta di Lot 36381, Mukim Petaling di sini.

Kontrak EPCC tersebut adalah bagi pembinaan satu blok servis apartmen 35 tingkat terdiri daripada 332 unit dan mengandungi 8 tingkat podium ruang meletak kereta, satu paras fasiliti, 26 tingkat servis apartmen, dan satu tingkat ruang meletak kereta di bawah tanah.


Projek ini dijangka mengambil masa 20 bulan pembinaan, bermula 5 Disember ini.Astro Awani


bottom of page