top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Sekolah kembali dibuka hari ini

1 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Hampir lima bulan ditutup, institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka kembali beroperasi hari ini.


Operasi institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu.


Bagaimanapun, pembukaan sekolah hari ini hanya membabitkan kemasukan bagi murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah, serta murid tingkatan 3 dan 4 sekolah menengah.


Sesi persekolahan akan dijalankan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka.


Sementara itu, kehadiran murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya akan bermula pada 8 November.


KPM sebelum ini menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

Opmerkingen


bottom of page