• newsatmy

SEKRETARIAT Johor perangi Covid-19 di PPR Melana

6 Jun 2021

JOHOR BAHRU, Seketeriat Johor BERSATU Hadapi Covid 19 semalam memulakan gerakan sukarelawan untuk sanitasi awam dengan menumpukan kawasan Flat Perumahan Awam (Kos Rendah) dan Rumah Ibadat.


Dibawah pengurusan En. Zulkifli Jaafar yang merupakan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, ianya turut disertai bersama Pengerusi PPR Melana itu sendiri dan team sanitasi itu sendiri.


Program ini bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang untuk sanitasi 3 buah blok iaitu Blok Kenyalang, Blok Kenari dan Blok Nuri dengan jumlah rumah sebanyak 1296 buah.


Pihak Seketeriat juga berharap orang ramai khususnya warga Johor terus mematuhi SOP yang diputuskan oleh pihak Kerajaan agar dapat terus mengekang penularan wabak Covid-19 seterusnya melandaikan keluk yang semakin meningkat sehingga hari ini. – PN Online