top of page
  • Farah

Semakin banyak PPS di Kelantan ditutup


KOTA BHARU 27 Dis: Seramai 718 orang mangsa banjir daripada 246 keluarga masih tinggal di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan.


Berikutan cuaca yang semakin baik menyebabkan semakin banyak PPS ditutup.

Sebahagian besar mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing bagi membersihkan rumah mereka daripada kesan-kesan banjir.


Menurut laporan Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS masih beroperasi di Pasir Mas dan sebuah di Tumpat dengan jumlah mangsa banjir seramai 77 orang.


Seramai 304 orang mangsa banjir masih menghuni di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh Pasir Mas, SK Kedai Tanjong (187 orang), SK Banggol Chicha (14) dan Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh (136).


Sementara itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh negara turut datang membantu mangsa-mangsa banjir di lokasi yang terjejas.


Jabatan Amal Malaysia dan Khidmat Malaysia dari beberapa negeri termasuk Kedah, Terengganu dan Selangor turut turun membantu mangsa banjir dengan mencuci rumah mangsa banjir dan premis awam.

bottom of page