top of page
  • newsatmy

Sempena hadiah kahwin, Katrina Kaif terima kereta bernilai RM1.7 juta dari Salman Khan

19 Disember 2021

Selepas mendirikan rumah tangga baru-baru ini, pelakon Bollywood Katrina Kaif dan Vicky Kaushal telah menerima pelbagai hadiah barangan mewah daripada rakan-rakan sempena perkahwinan mereka.


Memetik dari artikel mStar, pelakon jelita ini telah menerima hadiah berupa kereta mewah berjenama Range Rover bernilai hampir RM1.7 juta daripada bekas kekasihnya dan juga merupakan teman baik iaitu Salman Khan.


Bukan itu sahaja, Katrina juga menerima seutas rantai bertatah berlian bernilai sebanyak RM1.5 juta daripada Ranbir Kapoor.


Tidak terhenti disitu saja hadiah mewah yang diterima, aktor popular Hritik Roshan juga dilaporkan memberi hadiah berupa kereta jenama BMW G310 R.


Dalam pada itu, jirannya juga merupakan pelakon hebat disana iaitu Anushka Sharma dan Virat Kohli menghadiahkan sepasang anting-anting berharga RM35,000.


Terdahulu, Katrina dan pasangan pilihannya, Vicky disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja pada 9 Disember lalu.

bottom of page