top of page
  • newsatmy

Senator Guan Dee meninggal dunia covid 19,Muhyiddin ucap takziah

26 Oktober-KUALA LUMPUR

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang dianggap kehilangan besar buat negara.

Muhyiddin menyifatkan pemergian Ahli Majlis Tertinggi PN itu yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dirasai dan jasanya akan dikenang sebagai antara tokoh pengasas ketika penubuhan gabungan berkenaan, selain banyak memberi sumbangan dan bakti kepada negara dan parti.


“Sebentar tadi saya mendapat perkhabaran sedih mengenai pemergian Guan Dee, Ahli Majlis Tertinggi PN yang meninggal dunia pada jam 4.50 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan semoga tabah bagi menghadapi suasana pilu ini,” katanya.


Guan Dee, 67, Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku(STAR) ,dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet diketuai Muhyiddin pada Mac tahun lalu, dimasukkan ke hospital pada jam 5 pagi oleh pembantunya selepas mengadu sakit di bahagian dada.

Mendiang dilaporkan berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat PN pada petang Ahad lalu, namun tidak hadir selepas disahkan positif Covid-19.

bottom of page