• newsatmy

Seramai 382 pelatih, 46 kakitangan pulapol Jalan Semarak disahkan positif COVID-19

3 Februari 2021

Peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin meningkat.


Terkini, seramai 382 pelatih dan 46 kakitangan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Sultan Yahya atau lebih dikenali dengan Pulapol Jalan Semarak dilaporkan positif Covid-19.


Memetik daripada laporan berita tempatan yang memaklumkan bahawa ujian saringan dan pemeriksaan telah dilakukan sejak minggu lalu dan seramai 246 pelatih disahkan positif pada hari Selasa.


Selain daripada pelatih, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata seramai 46 kakitangan yang bertugas di situ turut disahkan positif Covid-19.


“Sehingga kini, pihaknya tidak membenarkan aktiviti pergerakan keluar masuk ke pusat latihan tersebut serta telah menghentikan semu aktiviti dan latihan,” jelasnya.


Katanya lagi, mereka yang disahkan positif telah dibawa untuk jalani kuarantin dan rawatan di MAEPS Serdang. Perkara ini berlaku susulan daripada seorang individu telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian dan saringan pada 26 Januari lalu.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.