top of page
  • Writer's pictureNizam

Serba Dinamik Holdings gagal peroleh injunksi ad interim

12 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) untuk mendapatkan injunksi ad interim terhadap Bursa Malaysia dan firma audit Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) bagi menghalang mereka daripada mengeluarkan laporan berhubung dapatan mengenai syarikat itu.

SDHB, yang merupakan penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu, memfailkan saman pemula dan permohonan injunksi pada 3 dan 5 Nov lepas dengan menamakan Bursa Malaysia dan EY sebagai defendan.


Peguam Mohamed Izzul Faris, yang mewakili SDHB, berkata Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membenarkan permohonan plaintif untuk menangguhkan pendengaran saman pemula serta injunksi untuk membolehkan syarikat itu memfailkan afidavit balasan kepada afidavit jawapan yang difailkan Bursa Malaysia dan EY.Astro Awani

bottom of page