top of page
  • zaman

Setelah dipenjara,sokongan Najib kian 'perlahan'


Selepas dua minggu dilancarkan, jumlah tandatangan dua petisyen masing-masing memohon Datuk Seri Najib Razak diampunkan dan sebaliknya, dilihat bergerak semakin perlahan, tidak rancak seperti awal-awal dilancarkan.


Tinjauan mendapati kedua-dua petisyen itu mendapati jumlah tandatangan atau sokongan tidak menunjukkan pertambahan yang mendadak.Malah jumlahnya amat sedikit peningkatan berbanding hari-hari sebelumnya.


Sehingga jam 10 malam tadi, petisyen daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mengesyorkan agar Ahli Parlimen Pekan itu tidak diampunkan merekodkan lebih 121,000 tandatangan.

Petisyen tersebut belum mencapai angka 150,000 selepas agak pantas mencecah angka 100,000 sebaik beberapa hari dilancarkan.


Agak mengejutkan,dengan populariti mantan PM Najib Razak namun dilihat tidak berlaku kepada petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang digerakkan BNComms Selangor. petisyen tersebut sekadar berjaya mengumpul lebih 31,000 tandatangan setelah lebih dua minggu dilancarkan.


Dengan jumlah peningkatan tandatangan yang amat perlahan memungkinkan Najib tidak lagi begitu hangat diperkatakan .Ini amat berbeza sekali diwaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh nenarik puluhan ribuan penyokongnya berdemontrasi dijalan raya dan mengambil masa lama untuk reda,malah bermula detik itulah kekuatan parti UMNO mula goyah dan berkurangan sokongan sehinggalah buat julung kalinya UMNO tewas dalam PRU 14 dan menjadi pembangkang selama 22 bulan.


Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib, yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

bottom of page