top of page
  • newsatmy

“Seumur hidup I lah isteri yang beli beras..”- Aishah

12 Januari 2022

Penyanyi terkenal Aishah baru-baru ini ada menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada 3 Januari yang lalu.


Sempena hari jadinya itu, anak-anak penyanyi lagu popular Janji Manismu ada memberi hadiah istimewa iaitu seutas gelang tangan buat ibu tercinta.


Terharu dengan pemberian tersebut, Aishah dilihat berkongsikan mengenai perkara tersebut di ruangan Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.


Dalam hantaran tersebut, Aishah juga ada mencoretkan kata-kata seolah memberi bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini.


"I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup I lah isteri yang memberi beras,


"Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present dari Armand. Buat mata mum dia masuk habuk,"


Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan selamat hari jadi serta mendoakan yang terbaik kepada bekas juara program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4 itu.


Sekadar info, Aishah pernah mendedahkan bahawa dia sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak Ogos tahun lalu.


Rumah tangga yang dibina Aishah bersama suaminya itu merupakan hasil perkahwinan penyanyi itu untuk kali ke-4 dan bertahan selama lima tahun.

bottom of page