top of page
  • newsatmy

Shahir doakan Erra bahagia

10 November

Pernah bergelar pasangan kekasih, penyanyi Shahir Zawawi mengakui sentiasa mendoakan kebahagiaan buat buat Erra Fazira, sekiranya benar aktres popular itu sudah mengahwini seorang ahli politik seperti dihebohkan ramai.


Sebagai bekas kekasih, Shahir mengakui masih berhubung sehingga sekarang, namun atas dasar sahabat baik.

Perbualannya dengan Erra pula langsung tidak menyentuh hal peribadi apatah lagi bertanyakan kesahihan khabar angin tersebut.

“Saya dan Erra masih berkawan baik. Kali terakhir kami berbual tiga hari lalu tapi tiada pula saya tanyakan pasal gosip (kahwin) itu. Saya tak pasti dan tak tahu walaupun ada dengar-dengar.

“Buat masa ini saya sibuk dengan urusan kerja. Cerita yang keluar itu pun ada orang yang sampaikan. Bagi saya kalau dia kahwin, itu benda baik dan bukannya kena tangkap.

“Kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting kita doa yang baik-baik. Saya pun tidak berasa terkejut atau kecewa jika perkara itu betul, malah mendoakan kebahagiaannya.

“Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang, apabila sesuatu perkara baik terjadi kepada dia, sudah tentu kita patut tumpang gembira,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti Hijrahkan Laguku.

Comments


bottom of page