top of page
  • newsatmy

“Shuib ada ciri-ciri lelaki idaman saya..” – Datuk Seri Vida

17 Januari 2022

Jutawan dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memaklumkan bahawa dia tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu.


Malah, kata DS Vida lagi, Shuib memenuhi kriteria dan ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya selama ini.


Ujarnya, Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang dan dia melihat sendiri bagaimana pelawak itu melayan anak-anaknya dengan baik dan sempurna.


"Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi,


"Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok juga," ujarnya.


Tambah DS Vida, meskipun ada yang mengatakan dia serasi benar bersama dengan Shuib namun baginya, setiap perhubungan itu mestilah melalui proses perkenalan dan juga mendapat restu.


“Kalau tanya saya sekarang, saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib.” kata Vida.

bottom of page