top of page
  • admin

Siaran Langsung Malaysia Vs Tajikistan 25 September 2022 Piala Raja Thai di TV 9


KUALA LUMPUR:25 Sept:Skuad Harimau Malaya (Malaysia) meneruskan aksi bola sepak bagi saingan Piala Raja Thailand 2022 (King’s Cup) dengan menentang pasukan Tajikistan dalam perlawanan akhir (final) yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 25 September 2022.


Sebekum ini,pertemuan terakhir memihak kepada Malaysia meskipun Tajikistan mempunyai kelebihan ranking FIFA (109) berbanding Malaysia (148) namun perlawanan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan ini memihak kepada Malaysia yang menewaskan Tajikistan 1-0 pada perlawanan persahabatan pada tahun 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Final Piala Raja Thai 2022 Menjadi Perlawanan Tumpuan Penyokong Perlawanan Malaysia menentang Tajikistan pasti menjadi tumpuan penyokong berikutan kedua-dua pasukan ini akan merealisasikan matlamat yang tersendiri iaitu mahu meraih kemenangan untuk merangkul kejuaraan Piala Raja Thailand 2022.


Penyertaan Malaysia dalam saingan Piala Raja Thailand 2022 (King’s Cup) bukan sekadar mahu memburu kejuaraan, apa yang lebih penting adalah kejohanan ini pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebagai persiapan menghadapi cabaran Piala AFF 2022 dan Piala Asia 2023.


Malaysia pernah merangkul kejuaraan Piala Raja Thai (King’s Cup) sebanyak empat kali, kali terakhir adalah pada tahun 1978.


Siaran Langsung Atau Live Streaming membabitkan pasukan Malaysia menentang Tajikistan akan dijadual berlangsung pada hari Ahad, 25 September 2022 bermula jam 9:30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Chiang Mai, Thailand.


Aksi perlawanan Malaysia vs Tajikistan turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena dan TV9 seawal jam 8:30 malam.


bottom of page