top of page
  • admin

Siasatan melibatkan skandal kapal tempur pesisir (LCS) tidak mencukupi- Anwar Ibrahim



KUALA LUMPUR 14 Mac:Siasatan melibatkan skandal kapal tempur pesisir (LCS) tidak mencukupi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri memberi alasan,masih terdapat siasatan perlu dijalankan melibatkan skandal kapal LCS tersebut walaupun laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini sudah membuat pendedahan banyak mengenai ketirisan yang berlaku.


“Namun, itu bukan urusan saya untuk mendalami dan bertanya lebih, nanti jika saya buat begitu akan ada tuduhan (yang menyatakan) wujud pendakwaan terpilih.

“Saya tegaskan siasatan LCS ini mesti diteruskan dan tindakan sebelum ini tidak cukup membongkar dan bertindak kepada orang yang lebih utama dikatakan yang terbabit. Biar siasatan diteruskan,” katanya di Dewan Rakyat.


Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dalam sesi pertanyaan menteri (MQT) yang ingin mengetahui mengenai pendakwaan kes LCS yang sebelum ini dinyatakan Perdana Menteri pendakwaan itu tidak mencukupi.


Katanya, sesiapa saja yang didapati oleh SPRM dan dengan bukti kukuh boleh dikemukakan pendakwaan kepada Peguam Negara.

“Sebab itu kita kena terima pendakwaan di buat Peguam Negara… ini termasuk kes LCS yang membabitkan beberapa pemimpin UMNO.

“Sebelum ini pun, ada Ketua UMNO Shah Alam yang didakwa tetapi ini tidak difokuskan,” katanya.


Beberapa pendedahan penting melibatkan skandal kapal tak siap didedahkan kepada umum, antaranya RM400 juta digunakan untuk membayar hutang syarikat dan bukan digunakan untuk kegunaan pembinaan kapal, lebihan kos projek berjumlah RM1.4 bilion, kerajaan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak menghiraukan permintaan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia berhubung penukaran reka bentuk kapal dan beberapa isu lain yang berbangkit.


Laporan PAC itu dikeluarkan selepas sesi prosiding dijalankan melibatkan pihak yang terlibat dalam pembinaan kapal tersebut.


Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika BN memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.


Ketika itu, Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan mulai 2009 hingga 2013, sebelum digantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussin.


Sebelum itu pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi ketua pembangkang, menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan.Anwar orang ramai tidak mahu ia dilengah-lengahkan dan kemudianya dilupakan.


Beliau mempersoalkan Mengapa perolehan terbesar dalam Kementerian Pertahanan negara bernilai RM9 bilion, tidak ada tender? dan siapa yang putuskan?


“Jangan ada alasan siasatan belum beres kerana ia harus bermula pada tahun 2019 atau sebelumnya,” katanya dalam siaran dalam Facebook rasminya pada 9 Ogos 2022

bottom of page