• Syafiq

Sidang media khas, Menteri Kanan Pendidikan

20 Februari 2021

KUALA LUMPUR - Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan pembukaan sekolah pada sidang medianya petang semalam.


Menurut Radzi sekolah akan dibuka secara berperingkat bermula dengan sekolah rendah bagi murid pra sekolah, tahun 1 dan tahun 2 dan pelajar kolej vokasional pada 1 Mac 2021. Manakala bagi tahun 3 hingga tahun 6 pada 8 Mac 2021.


Bagi pelajar sekolah menengah, mereka akan ke sekolah seperti biasa pada 4 April 2021 bagi kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan kumpulan B pada 5 April 2021.


Tarikh pembukaan sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi Pendidikan yang berdaftar dengan KPM>


Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disarankan untuk turut mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan. – PN Online


print Final Slide Sidang Media 190221
.pd
Download PD • 2.12MB