• Arissa

Sidang Media Khas Radzi Jidin

6 Jun 2021

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin telah mengadakan Sidang Media Khas bagi menjelaskan dan menjawab isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia ketika pandemik melanda ini.


Mengambil kira situasi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat ketetapan bahawa untuk tempoh 25 hari persekolahan pada 13 Jun bagi negeri kelompok A, manakala 14 Jun bagi negeri kelompok B akan laksanakan PdPR.


Ketetapan ini juga diguna pakai untuk semua sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat.


Ini bermakna, semua sekolah yang berdaftar dengan KPM perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ini berdasarkan takwim masing-masing.


Seterusnya, beliau berkata tentu akan ada yang bertanya apakah yang berlaku selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal.


"Untuk makluman semua, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula tentang apakah pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi yang ada pada waktu itu," kata beliau.


Dalam konteks PdPR ini, ada beberapa perkara yang ingin disentuh, terutamanya kurikulum, TV Pendidikan dan juga sokongan untuk murid, guru dan ibu bapa.


"Kami menerima banyak pertanyaan tentang kurikulum, ada yang tanya mengapa tak pendekkan kurikulum, mengapa tak potong kurikulum, mengapa tak beri tumpuan kepada subjek-subjek tertentu,


"Ingin saya beri penjelasan bahawa secara umumnya kita telah laksanakan penjajaran kurikulum pada tahun lalu bagi membolehkan kandungan kurikulum itu disusun kepada tiga komponen utama," tambah beliau lagi.


Komponen pertama adalah kandungan asas yang perlu dikuasai semua murid.


Guru-guru, dengan kepakaran mereka akan memastikan murid-murid dapat menguasai kandungan asas ini.


Selain daripada kandungan asas ini, ada kandungan tambahan dan seterusnya kandungan pelengkap.


Selepas guru memastikan murid-murid menguasai kandungan asas, guru-guru akan memberi tumpuan pada kandungan tambahan pula, sekiranya ada masa, dan seterusnya memberi tumuan pula pada kandungan pelengkap.


Namun begitu, untuk setiap murid, mereka perlu ada tahap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh mereka.


Apa yang perlu dilaksanakan dalam PdPR perlu ada kesesuaian guru dan murid.


Seterusnya, berkaitan TV Pendidikan, KPM telah melancarkan saluran khusus DIDIK TV, satu saluran untuk memastikan murid-murid yang tidak dapat akses internet sekurang-kurangnya mempunyai kaedah yang lebih dekat pada mereka bagi membolehkan mereka dapat turut sama belajar dan mendapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari guru-guru yang berpegalaman.


KPM akan meneruskan DidikTV dengan 15 jam waktu siaran setiap hari.


Selain daripada itu, kerjasama diantara TV pendidikan dan juga Okey TV dan juga Astro Tutor TV akan diteruskan seperti biasa, iaitu 4 jam setiap hari.


Seterusnya beliau menyentuh juga tentang sokongan untuk guru, murid dan juga ibu bapa, di mana ada diantara mereka mungkin memerlukan sokongan kaunseling.


KPM akan terus laksanakan dengan mengarahkan guru-guru kaunseling di setiap sekolah yang akan membantu murid apabila mereka mengahdapi kesukaran atau perlu merujuk kepada pihak sekolah dalam keadaan tertentu.


Guru- guru juga mempunyai ruang untuk menjalani proses kaunseling jika diperlukan.


Selain itu, kita ada juga konsep bimbingan rakan sebaya, ibu bapa sesama mereka berbincang bagaimanakan pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik PdPR anak-anak mereka dirumah.


Seterusnya, bagi kursus latihan untuk guru, KPM akan ters meningkatkan latihan serta kursus untuk guru-guru, terutamanya dalam kontek PdPR, termasuk kontek kemahiran dalam ICT.


Selain guru, ibu bapa juga boleh berhubung langsung dengan pihak sekolah sekiranya terdapat isu-isu mengenai PdPR.


Bagi Projek Rintis Peranti, kerajaan telah mensasarkan 150,000 murid B40 di mana sekreteriatnya Yayasan Hasanah, akan menerima komputer riba dan juga menerima akses kepada internet untuk tempoh setahun.


Buat masa ini, sebanyak 12,887 unit telah diagihkan ke 95 buah sekolah dalam 51 buah PPD di seluruh negara.


Sebanyak 40,290 unit dijangka akan selesai selewat-lewatnya 12 Jun 2021, bakinya iaitu sebanyak 96,823 unit dijangka akan selesai pada akhir bulan September 2021.


Bagi sekolah-sekolah khusus seperti SBP, SMKS, KV, SMT dan SMPKV, semkaan boleh dibuat pada 8 Jun 2021, dan bagi pendaftaran dalam talian, boleh dibuat pada 13 Jun 2021 bagi negeri kelompok A, dan 14 Jun 2021 bagi negeri kelompok B.


KPM telah mengumumkan keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021.


Bagi calon SPM 2021, Ujian Lisan dan Amali Sains akan dilaksanakan dalam bulan Februari 2022, dan bagi peperiksaan bertulis, ujian akan dilaksanakan bermula Mac 2022.


KPM mengambil keputusan ketepatan ini dengan mengambil kira keadaan semasa dan juga mengambil kira cabaran yang perlu dilalui oleh calon-calon SPM 2021.


--PN Online