top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Singapura buka sempadan lagi lapan negara bermula hari ini,Malaysia tiada tersenarai.

19 Oktober

Penggembara yang divaksin sepenuhnya dari lapan negara dibenarkan memasuki Singapura tanpa perlu kuarantin bermula hari ini, dalam usaha pusat dagangan dunia itu mengurangkan sekatan dan bersedia untuk hidup bersama COVID-19.

Negara itu sebelum ini memerangi wabak dengan menutup sempadan, sekatan serta secara agresif mengesan kontak rapat dengan 80 peratus penduduk divaksin sepenuhnya, namun pusat penerbangan global itu mahu memulihkan semula ekonominya secepat mungkin.


Singapura membuka perjalanan untuk penumpang yang divaksin dari Brunei dan Jerman pada September lalu dan beberapa lapan negara lain iaitu Britain, Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat, bermula hari ini.

Perjalanan dari Korea Selatan pula hanya bermula 15 November depan.


Bagi penumpang dari negara tersebut tidak perlu dikuarantin sekiranya mereka mempunyai vaksin lengkap dan disaring negatif, sebelum berlepas dan ketibaan.

"Singapura tidak boleh terus menutup dan ditutup selama-lamanya," kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada 9 Oktober lalu apabila dia mengumumkan langkah di bawah strategi 'Hidup dengan COVID-19'.


Lee juga menyatakan berkaitan varian Delta yang berbahaya ,

"Varian Delta sangat mudah menjangkiti dan sudah tersebar di seluruh dunia. Meskipun keseluruhan penduduk divaksin, kita masih sukar untuk menghapuskannya.

"Hampir kesemua negara kini menerima realiti ini," katanya.

Lee berkata, Singapura perlu terus menyambung perjalanan antarabangsa, namun tidak mengabaikan kes dalam negara yang sederhana dan tidak mempunyai simptom.

Negara itu tuan rumah kepada beratus-ratus perusahaan multi-nasional yang bergantung kepada status Singapura sebagai pusat perniagaan dan penerbangan untuk menjalankan operasi mereka.


Walaubagaimanapun sehingga kini,Singapura belum memberi maklum balas berkaitan pembukaan pintu sempadan kepada rakyat Malaysia agar dibenarkan ke Singapura tanpa dikurantin sama seperti negara lain walau telah mendapat vaksin lengkap.Dianggarkan 300 ribu rakyat Malaysia berkerja di Singapura dan ada dikalangan mereka telah terkandas di Singapura tanpa dibenarkan masuk ke Malaysia.Selain itu juga terdapat warga Singapura memiliki keluarga dan hartanah di Malaysia tidak dapat masuk ke negara ini.


댓글


bottom of page