top of page
  • newsatmy

Siti Nurhaliza jangka bersalin anak kedua awal Ramadan

9 April 2021

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melahirkan anak keduanya pada awal Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi.


Beliau bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitahu perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di Kuala Lumpur.


"Alhamdulillah, dijangka pada awal Ramadan ini, Insya-Allah saya akan bersalin.


"Doakan semoga semua proses bersalin saya berjalan lancar. Perasaan semua wanita yang nak melahirkan hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.


Pelantun lagu "Percayalah" itu bernikah pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah, 3, pada 19 Mac 2018.



Comments


bottom of page