top of page
  • newsatmy

Situasi Terkini COVID-19

5 November



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 November 2021

  • Kes baharu : 5,713 kes (2,492,343 kes kumulatif);

  • Kes import : 32 kes (12 warganegara; 20 bukan warganegara);

  • Kes tempatan : 5,681 kes [5,392 warganegara (94.9%); 289 bukan warganegara (5.1%)];

  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 555 kes (519 kes disahkan COVID-19 ; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;

  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 280 kes (218 kes disahkan COVID-19 ; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)

  • Jumlah kluster : 5,793 kluster;

  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;

  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,426 kluster; dan

  • Jumlah kluster aktif : 367 kluster.

Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

  • 5,620 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

bottom of page