top of page
  • Writer's pictureNizam

Smart Glove pula didakwa CBP AS guna buruh paksa

5 November

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan import daripada pembuat sarung tangan getah Malaysia, Smart Glove atas dakwaan amalan buruh paksa.


Tindakan itu merupakan Smart Glove sebagai firma Malaysia kelima yang menghadapi larangan sedemikian dalam tempoh 15 bulan lalu.


Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengeluarkan “Withhold Release Order” (WRO) yang melarang import daripada Smart Glove dan kumpulan syarikatnya, kata CBP dalam satu kenyataan.


Keputusan itu, katanya, dibuat berdasarkan bukti munasabah yang menunjukkan kemudahan pengeluaran sarungan tangan syarikat itu menggunakan buruh paksa.


Smart Glove yang membuat sarung tangan untuk industri perubatan dan makanan masih belum mengulas tindakan tersebut.

Amerika Syarikat mengharamkan perkara sama ke atas pembuat sarung tangan Supermax Corp bulan lepas.


Tindakan sama pernah dikenakan terhadap Top Glove tetapi telah ditarik balik bulan lalu.

Pengeluar minyak sawit Sime Darby dan FGV Holdings juga menerima nasib sama tahun lalu.

Sime Darby dan FGV telah melantik juruaudit untuk menilai amalan mereka dan akan berhubung dengan CBP untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan. – Reuter

Comments


bottom of page