top of page
  • newsatmy

Solat Jumaat seramai 350 orang dibenarkan di Selangor.

4 Mac 2021

SELANGOR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan kebenaran menunaikan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat di semua masjid, surau dengan bilangan jemaah terhad.


Bagi pengurusan masjid, solat Jumaat dibenarkan sehingga 350 jemaah dan solat lima waktu dibenarkan seramai 100 jemaah, manakala masjid institusi solat Jumaat 350 termasuk pentadbir dan solat lima waktu 200 jemaah.


Untuk kategori masjid kariah dibenarkan sehingga 300 termasuk pentadbir dan solat lima waktu (200 jemaah), manakala surau dengan kebenaraan Jumaat, solat Jumaat, 100 orang termasuk pentadbir.


Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata pentadbir masjid atau surau kebenaran Jumaat dikehendaki mematuhi pelbagai syarat khusus termasuk memberi keutamaan kepada ahli kariah bermastautin mendirikan solat.


Beliau berkata pentadbir masjid atau surau juga mestilah memberi kebenaran kepada jemaah bermukim dan melazimi menunaikan solat jemaah untuk menunaikan solat Jumaat.


“Kehadiran jemaah hendaklah dibuat melalui kaedah pengiliran menggunakan aplikasi bersesuaian dengan masjid dan surau dengan kebenaraan solat Jumaat dan berjemaah.


“Jemaah yang mempunyai pernah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 yang mempunyai risiko dijangkiti Covid-19 atau dari kawasan agresif penularan wabak berkenaan tidak dibenarkan hadir bersolat Jumaat walaupun pentadbir masjid atau surau telah mendapatkan pas kehadiran mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd Shahzihan berkata antara syarat lain ialah pentadbir surau dan masjid juga harus mempunyai MySejahtera digunakan mereka untuk mendaftarkan kehadiran kariah masing-masing.


Bagaimanapun, Mohd Shahzihan berkata jemaah bukan warganegara dilarang sama sekali untuk hadir bersama menunaikan solat Jumaat di mana-mana surau atau masjid di Selangor.


Beliau berkata JAIS juga mewajibkan semua jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu sentiasa memakai pelitup muka dan hidung; memakai cecair pembasmi kuman di tangan ketika datang dan pulang; membawa sejadah masing-masing dan berwuduk di rumah.


“Jemaah yang tidak sihat dan mencatatkan bacaan suhu melabihi 37.4 darjah celsius adalah dilarang sama sekali hadir solat Jumaat atau menunaikan solat lima waktu di masjid atau surau secara berjemaah.


“Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau masih lagi ditangguhkan kecuali tazkirah Jumaat, bacaan Yasin, zikir, tahlil dan bermunajat,” katanya.



bottom of page