• newsatmy

Solskjaer puji anak buah selepas bangkit daripada ketinggalan

Updated: Nov 30, 2020

Kemenangan Manchester United terhadap Southamptom pada 29 Nov 2020 merupakan kemenangan ke-8 berturut-turut di gelanggang lawan





PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berbangga dengan skuad kendaliannya, selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.


The Reds ketinggalan 2-0 dalam separuh masa pertama sebelum Edinson Cavani mencetus inspirasi kebangkitan pasukan pelawat.


Penyerang itu hadir sebagai pemain gantian melakukan hantaran silang untuk jaringan pertama United yang disempurnakan oleh Bruno Fernandes sebelum dia meledak dua gol menerusi tandukkan di Stadium St Mary.


Bercakap selepas tamat perlawanan, pengurus itu memuji Cavani, memberikan perkembangan mengenai kecederaan dialami David De Gea serta rekod lapan kemenangan berturut-turut di tempat lawan.


"Sudah tentu ini adalah liga yang sukar, tetapi saya berasakan ketiadaan penonton tidak memberikan impak kepada rekod itu. Kami tidak peduli akan perkara itu, kami hanya mengambil berat tiga mata yang diperoleh. Cara mereka beraksi daripada mula hingga akhir permainan, anda dapat melihat mereka kekal fokus. Kami bermain dan menghasilkan peluang, kami tidak menyempurnakan semuanya, tetapi cukup untuk memastikan kemenangan," katanya.


“Ia mengenai jaringan seterusnya dan tidak dibolosi lagi. Kami menyedari perlawanan ini melibatkan banyak jaringan. Pasukan semakin bertambah baik, kami mengetahui kemampuan kami untuk mengatasi pasukan lawan dan pemain gantian yang mampu memberikan impak. Edinson yang telah membuktikan dalam perlawanan ini.”


Bercakap lagi tentang Cavani, Solskjaer menjelaskan, “Dia merupakan salah seorang yang terbaik kerana pengalaman dan kualiti yang dimiliki. Gerakannya, dia seorang yang bijak melakukannya. Dia mampu berada di mana-mana sahaja. Gol yang dihasilkan sungguh menakjubkan."

3 views0 comments

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by PN Online.