top of page
  • newsatmy

SOP pelik, padam sinar Thaipusam 2022

9 Disember 2021

Stadium bola sepak boleh dipenuhi ramai peminat dan penyokong, pasar malam boleh dikunjungi ribuan orang, pusat-pusat beli belah serta kedai makan boleh dipenuhi ratusan orang, jadi mengapa Kerajaan tidak memberi kebenaran untuk perarakan ‘Kavadi’ dan ‘Ratham’ bagi sambutan Thaipusam?


Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dalam satu kenyataan pada 7 Disember 2021 berkata, SOP yang diumumkan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Wira Halimah melumpuhkan sambutan Thaipusam 2022 apabila bertegas sebarang perarakan oleh mana-mana agama tidak dibenarkan di bawah SOP yang telah dirangka.


Malah tambahnya, beliau pelik dan terkejut dengan SOP yang diumumkan apatah lagi negara baru sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Melaka pada bulan lalu dan Pilihan Raya Negeri Sarawak pula akan berlangsung tidak lama lagi.


Namun, katanya perarakan yang diadakan di tempat terbuka secara sederhana dalam sambutan Thaipusam nanti tidak dibenarkan dan ini satu kecacatan yang serius dalam SOP diumumkan.


Sivakumar juga telah meminta Menteri Perpaduan Negara menjawab di Dewan Rakyat sama ada pihak kuil dibenarkan membuka gerai-gerai jualan sempena sambutan Thaipusam, kerana ini pasti dapat membantu sedikit sebanyak para peniaga kecil memperoleh keuntungan serta pihak kuil turut menghasilkan pendapatan melalui sewaan gerai-gerai.

Namun, jika SOP yang diumumkan bagi sambutan Thaipusam 2022 kekal, pastinya jumlah pengunjung ke kuil berkurangan dan para peniaga kecil serta pihak kuil juga tidak dapat dibantu.

bottom of page