top of page
  • Writer's pictureNihaba

SOP penutupan sempadan Melaka berita palsu

7 November 2021

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mendakwa akan menutup sempadan negeri Melaka selama 15 hari sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti ditularkan menerusi media sosial.


Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan malam tadi berkata prosedur operasi standard (SOP) yang tular sejak petang Sabtu adalah palsu.


Ketua Polis negeri Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali menjelaskan SOP itu disunting daripada SOP PRN Sabah pada tahun lepas dan perkara itu kini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


SOP yang tular tersebut menyatakan bahawa penutupan sempadan negeri Melaka dalam tempoh 15 hari bermula sehari sebelum hari penamaan calon sehingga hari mengundi pada 20 Nov 2021 termasuk sekatan jalan raya (SJR) diaktifkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Prosedur operasi standard (SOP) khas pilihan raya negeri (PRN) Melaka dijangka dikeluarkan

selewat-lewatnya pada hari penamaan calon Isnin ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


SPR dilaporkan berkata, buat masa ini belum ada sebarang SOP yang dikeluarkan dan

dimuktamadkan.

bottom of page