top of page
  • newsatmy

SOP terabai di sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga M'sia

9 Disember 2021

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan amaran mengenai ancaman Omicron di negara ini,namun keadaan yang dapat dilihat pada sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur petang tadi adalah sebaliknya.


Varian Omicron didapati sangat mudah merebak. Justeru KKM menggesa orang ramai agar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk menyekat jangkitan wabak tersebut.



Walaupun karnival empat hari itu disertai ramai anggota kerajaan serta agensi penguat kuasa undang-undang, SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seolah-olah diabaikan apabila lokasi itu dipenuhi oleh ribuan orang awam.


Pelanggaran SOP yang paling ketara ialah kegagalan menjaga penjarakan fizikal satu meter yang ditetapkan, malah ia kelihatan hampir tidak berlaku langsung terutamanya di kawasan lobi pusat konvensyen terbabit serta di dalam lokasi utama acara.


Suasana itu berlaku walaupun pusat pemeriksaan diletakkan di pintu masuk pusat konvensyen dengan pegawai bertugas menyemak status pengunjung dan hanya pelawat yang mendaftar dalam talian dibenarkan masuk.



Di lobi menuju ke dewan pameran, ratusan orang kelihatan bersesak-sesak sambil beratur untuk masuk ke lokasi sambutan.di bahagian dalam juga sesak kerana pengunjung bergerak di sekitar dan di dalam gerai pameran.Malah sebahagian pengunjung turut membawa bersama kanak-kanak.


Selain itu pematuhan cara memakai pelitup muka yang betul apabila ramai yang hanya meletakkan alat itu di bawah dagu, sama ada untuk menarik nafas, semasa bercakap, atau ketika makan walaupun penganjur kedengaran mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP, tetapi ia seolah-olah tidak diendahkan.


Karnival berlangsung empat hari itu dianjurkan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga menawarkan diskaun besar-besaran - setinggi 80 peratus - untuk pesalah trafik yang membayar saman mereka dalam tempoh berkenaan.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, yang hadir pada majlis pelancaran acara itu hari ini enggan melayan pertanyaan wartawan berkaitan pelanggaran SOP apabila didekati ketika berjalan keluar dari tempat tersebut.




Sumber-MK

Comments


bottom of page