top of page
  • newsatmy

Srikandi BERSATU gesa polis siasat semula kes Shashikala


KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Srikandi BERSATU menggesa polis membuka semula kes kematian Shashikala Nadarajah dan menjalankan siasatan menyeluruh walaupun laporan awal polis menyebut tidak ada kes jenayah.


Ketua Penerangan Srikandi BERSATU, Mastura Mohamad Darby berkata walaupun mangsa tidak membuat laporan polis berkenaan gangguan buli siber, tetapi siasatan perlu dibuat kerana dalam salah satu video, mangsa ada menyebut pernah diganggu secara seksual oleh seorang Presiden NGO.


Tambahnya, Srikandi BERSATU prihatin dan memandang serius terhadap kes yang melibatkan seorang ibu tiga anak yang cuba membunuh diri dan kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas mangsa dilaporkan menerima komen kebencian di akaun Tik Tok.


Katanya, sebelum ini, mendiang Shashikala Nadarajah telah mendedahkan bahawa beliau pernah diganggu secara seksual dan media melaporkan mangsa telah dibuli secara siber melalui komen-komen video yang disiarkan dalam posting-posting mangsa.

“Mangsa banyak membuat siaran video bersifat nasihat dan motivasi kepada pengikut Tik Tok beliau.

“Srikandi BERSATU memandang berat terhadap meningkatnya kes-kes membunuh diri yang melibatkan mangsa gangguan seksual dan buli siber akibat gangguan dan komen-komen negatif yang menyebabkantekanan perasaan dan gangguan mental kepada mangsa,” katanya.


Tambah Mastura, orang ramai yang menghadapi tekanan emosi perlu membuang stigma takut berkongsi masalah peribadi serta memendam perasaan dalam diri.

Beliau berkata sebaliknya mendapatkan sokongan dan pemulihan psikososial yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

“Srikandi BERSATU memohon netizen agar berhemah dan bertanggung jawab apabila menggunakan sosial media, terutama apabila menulis komen-komen di akaun sosial media.

“Ini agar sosial media dijadikan tempat membuat kebaikan serta menjalin hubungan kemanusiaan yang sihat bukan tempat yang membawa tekanan dan masalah dalam kehidupan,” katanya.

bottom of page