top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Srikandi Johor Bahru masih kekal

23 Jun 2021

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Johor Bahru sedia maklum dengan isu perletakan jawatan sebahagian Ahli Jawatankuasa sayap Srikandi Bahagian Johor Bahru pada 20/06/2021.


BERSATU Bahagian Johor BAHRU menjelaskan bahawa Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak dibubarkan seperti yang diwar-warkan di media sosial dan masih berjalan seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti.


Mengikut Perlembagaan parti , Srikandi Bahagian Johor Bahru masih relevan dan tidak perlu dibubarkan.


Fokus BERSATU Bahagian Johor Bahru ketika ini adalah bersama-sama dengan Kerajaan Perikatan Nasional dalam memerangi pandemik Covid-19.


BERSATU Bahagian Johor Bahru juga menerima surat penarikan perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa yang masih ingin bersama Srikandi Bahagian Johor Bahru.


BERSATU Bahagian Johor Bahru yakin dengan kepimpinan sayap Srikandi Bahagian Johor Bahru dapat mentransformasi Srikandi Bahagian Johor Bahru menjadi lebih baik pada masa hadapan.


BERSATU Bahagian Johor Bahru juga menerima perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian dengan hati yang terbuka kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari kehendak individu.


BERSATU Bahagian Johor Bahru akan tetap berdiri teguh dan bersama-sama berusaha demi kepentingan rakyat khususnya dalam pandemik ini.




--PN Online

bottom of page