top of page
  • newsatmy

STADIUM SULTAN IBRAHIM dipilih 'Stadium of the year 2020'

11 Mac 2021

STADIUM Sultan Ibrahim yang serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim memenangi anugerah ‘2020 Stadium of the Year’ dari laman Web Poland StadiumDB.com, awal pagi ini.


Kemenangan ini di bawah categori, undian paling tinggi dari orang ramai (Public Vote) dan menerima 64,240 kiraan mata, mengatasi Stadium Allegiant (Las Vegas) yang menerima hanya 23,390 kiraan mata, di tempat kedua.


Sementara itu, Stadium Sofi (Los Angeles) memenangi Stadium of the Year Award di bawah categori “Pilihan Juri ” (Jury Vote).


Ini adalah pertama kali Stadium di Amerika Syarikat telah memenangi categori “Pilihan Juri” selepas 11 tahun di adakan.


Mengenai Stadium Sultan Ibrahim, ia adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa.



Gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim tercalon pada Anugerah Stadium Terbaik 2020 anjuran sebuah laman sesawang berpengkalan di Poland.


Peminat sebelum ini membuat undian di laman web rasmi stadiumdb.com dengan

seramai 21,821 orang dari seluruh dunia telah mengundi yang telah berakhir pada 7 Mac lalu.


Kemenangan Stadium Sultan Ibrahim membuktikan sokongan padu untuk pasukan JDT di Malaysia dan juga Asia Tenggara, seperti di laporkan oleh Stadium Board.com.


Memetik Stadium DB.com, daripada undian sebanyak 21,821, sebahagian dari Malaysia dan juga negara Asia Tenggara.


Stadium Sultan Ibrahim dibina sejak Januari 2016 di atas tanah berkeluasan 28 hektar.


Dengan kemudahan padang jenis Zeon Zoysia, reka bentuk stadium itu diilhamkan daripada bentuk daun pisang, sekali gus dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara.


Setiap kemudahan di Stadium Sultan Ibrahim mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden termasuk pemasangan lampu LED berwarna merah, biru dan putih di luar stadium.

bottom of page