top of page
  • cik skod

Suatu Hari Nanti Saya Akan Berhijab Semula – Emma Maembong

15 Disember

Sebelum ini mengejutkan ramai apabila tampil membuka tudung, pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak akan kekal selamanya dengan imej membuka aurat seperti sekarang.

Memetik Kosmo, Emma berkata dia sedar ramai peminatnya meminta untuk kembali kepada fitrah wanita Muslim apatah lagi dia pernah tampil berhijap selama 5 tahun.


“Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya. Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat),” katanya.


Menurut Emma, dia tidak mahu selamanya dengan imej seperti sekarang dan pasti akan kembali menutup aurat suatu hari nanti seiring dengan peningkatan usia.


“Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab).


“Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” katanya.


Dalam pada itu, Emma mengakui suaminya, Muhammad Shazli Azhar terasa hati apabila dituduh netizen dia tidak pandai mendidik isteri. Namun, dia menasihati suaminya tidak melayan kata-kata negatif netizen.


“Nama Instagram saya pun Emma Maembong, bukan nama dalam surat beranak. Jadi biarlah saya tunjuk inilah kehidupan seorang Emma Maembong sebagai seorang selebriti.

“Sebagai Emma Maembong, tidak ramai yang suka saya. Jadi suami pun tahu dia berkahwin dengan diri saya yang sebenar (Fatimah),” katanya.


Terdahulu, Emma membuat keputusan tidak lagi bertudung selepas lima tahun berhijab pada penghujung Januari 2019. Susulan tindakannya itu, Emma dikecam teruk oleh netizen.


sumber:Roti Kaya

bottom of page