top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Sukan Paralimpik Tokyo: Yee Khie bebas tekanan tanpa jadi sandaran pingat emas

16 Ogos 2021

ATLET powerlifting negara, Jong Yee Khie, berpendapat ketiadaan namanya dalam senarai sandaran pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini sebagai sesuatu yang baik dan membuatkannya bebas daripada sebarang tekanan.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini mengumumkan senarai nama lima atlet elit, iaitu Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly (olahraga), S. Suresh (memanah), Cheah Liek How (Badminton) dan Bonny Bunyau Gustin (powerlifting), bagi misi mencapai sasaran tiga pingat emas dalam temasya berkenaan.


Bagaimanapun, Yee Khie mengambil positif ketiadaan namanya dalam senarai itu bagi membina kekuatan mentalnya tanpa sebarang tekanan di Tokyo.


Dia juga berhasrat untuk membutirkan pingat pada hari terakhir saingannya, iaitu pada 30 Ogos depan, sebagai hadiah buat Hari Kemerdekaan negara.


"Agak bagus juga saya tidak diletakkan sebagai sasaran meraih pingat emas, jadi saya boleh melaluinya dengan sasaran saya sendiri untuk bersaing dan memberikan yang terbaik di sana.


"Daripada segi psikologi pula, ia akan menjadi lebih kuat untuk mencapai tahap yang tinggi.


"Tiada tekanan buat saya tanpa sebarang perasaan takut," katanya.



--AWANI

bottom of page