top of page
  • zaman

Sukan SEA 2023: Skuad hoki remaja disandarkan raih emas


BUKIT JALIL, 31 Mac-Skuad Hoki Remaja Lelaki negara sedia sahut cabaran pada kejohanan Sukan Sea Kemboja Mei nanti. Ketua Jurulatih, Mohd Amin Rahim berkata, selain menggalas cabaran untuk meraih pingat emas, temasya ini juga adalah pemanas badan untuk ke Piala Dunia Remaja 2023. "Kita dalam rangka persiapan Piala Dunia Remaja hujung tahun ini. Ini merupakan cabaran buat pemain sahut dan kita akan mencuba untuk meraih emas buat negara", jelas Amin. Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Negara, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, memenangi pingat emas pada Sukan Sea kali ini amat penting sebagai pembakar semangat menjelang Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung pada September. " Tiada sebab untuk kita tidak menang, Menang di Sukan SEA bakal membakar semanagat untuk menang di Sukan Asia sekali gus layak ke Olimpik secara automatik.Itu merupakan impian kita", jelas Datuk Mohd Nasir. Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan latihan persediaan pasukan hoki remaja di Stadium Hoki Bukit, Jalil malam tadi. Sementara itu, skuad negara turut memanggil empat pemain hoki senior bagi memperkuat cabaran mereka. Menurut jurulatih, Mohd Amin, empat pemain tersebut adalah penyerang, Muhamad Ramadan Rosli,dua pemain pertahanan, Muhammad Najib Abu Hassan dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar serta penjaga gol, Muhamad Zaimi Mat Deris. "Mereka akan turut serta dalam pasukan selepas cuti raya nanti. Saya tak risau kerana mereka juga menjalani latihan yang sama di mana konsep dan corak permainan juga sama", jelas Amin. Skuad hoki negara merupakan kuasa besar di temasya Sukan SEA dengan rekod memenangi 16 pingat emas sejak 1971. Kali terakhir Malaysia meraih emas adalah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2017.


bottom of page