top of page
  • cik skod

Sukan SEA Kemboja: Skuad B-22 hadapi laluan getir


KUALA LUMPUR, 6 April - Skuad bolasepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara bakal menempuh laluan berliku dalam temasya sukan SEA Kemboja yang bakal berlangsung Mei depan. Perkara ini diakui sendiri ketua jurulatihnya, E.Elavarasan selepas Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan Vietnam, Thailand, Singapura dan Laos. Namun beliau tetap yakin semua pasukan memiliki potensi yang sama untuk mara ke separuh akhir.


Jelas Elavarasan, fokus dan visi pasukan tidak akan berubah iaitu untuk melangkah jauh dalam edisi kali ini. Beliau sebelum ini meletak sasaran layak ke final di Kemboja. Sementara itu, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina dan Timor Leste pula diundi dalam Kumpulan A. Kali terakhir Malaysia merangkul emas ialah semasa edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah, Indonesia. Skuad Harimau Malaya gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final.

bottom of page