top of page
  • admin

SUKMA XX: Skuad e-Sukan hadiah satu pingat buat Sarawak


KUALA LUMPUR.19 Sept: Detik manis buat kontinjen e-sukan berikutan berjaya menghadiah pingat dalam temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) walaupun sukan elektronik itu julung kali diadakan untuk edisi sukan itu, tahun ini.


Pada perlawanan menentang Selangor menyaksikan Sarawak berada dikedudukan ketiga selepas tewas (2-0) dalam permainan DOTA 2.


Berikutan itu, kem e-Sukan berjaya merangkul pingat pertama mereka iaitu gangsa manakala Selangor mara ke peringkat seterusnya bagi saingan mendapat pingat emas atau perak.

Seramai enam atlet sukan elektronik beraksi menetang Selangor iaitu Amizi Fahmi Abdul Taip (carry), Faizul Alif Ali Yusuf (main-support), Jong Tze Seng (simpanan), Kenneth Wong Keing Teck (offlaner) , Nelson Chin Kuok Chiat (mid-core) dan Tiong Ying Zhi (semi-support) di Quill City Mall, di sini hari ini.


Manakala Selangor pula diwakili Chang Kyle Venn, Chua Jian Shen, Denise Danial Abdullah, Matthew Tan Jee Ming, See Earn Soon dan Tan Jun Qi.


Pengurus pasukan Darren Kueh berkata, beliau memuji pasukannya atas kemenangan yang dikecapi dan kerja keras mereka untuk berada di podium hari ini.

"Saya gembira kami dapat meraih gangsa dalam perlawanan tersebut.

"Kami juga melakukan persiapan yang rapi tanpa mengetahui kekuatan pihak lawan, namun skuad e-sukan tetap memberikan saingan pada perlawanan," jelasnya ketika diminta mengulas selepas selesai perlawanan DOTA 2, di Quill City Mall hari ini.


Jelasnya lagi, pasukan itu sebelum ini menyasarkan untuk mendapatkan pingat perak mahupun emas namun mungkin disebabkan keadaan tidak berapa baik, kemenangan tidak berpihak kepada Sarawak.

"Kami akan berusaha untuk meneliti perkara itu selepas ini," ujarnya.

bottom of page