top of page
  • newsatmy

Sulaiman maklumkan cadangan nama EXCO baharu kepada TYT

26 November

AYER KEROH – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka.


Sulaiman berkata, pertemuan sebelah pagi itu diadakan bertujuan untuk memaklumkan nama calon Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) yang dicadangkan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka yang baharu.

“Pagi ini saya mengadakan pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Melaka.

“Pertemuan pada pagi ini adalah bagi memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun mengenai nama calon ADUN yang dicadangkan dilantik sebagai EXCO Melaka yang baharu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya

.

Difahamkan, pengumuman nama-nama EXCO baharu itu akan diumumkan dalam satu sidang media pada jam 11.30 pagi ini.

Manakala, majlis angkat sumpah Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia bagi Ahli EXCO negeri akan diadakan pada jam 2.30 petang di Dewan Seri Negeri.

Comments


bottom of page