top of page
  • Writer's pictureNihaba

Sulaiman menafikan campur tangan Rauf dalam MMKN

23 Oktober 2021

MELAKA: Segala keputusan yang dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah secara bersama dalam mesyuarat.


Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjelaskan berkaitan dakwaan campur tangan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.


Penjelasan beliau itu bagi menafikan dakwaan ,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masuk campur dalam keputusan yang dipersetujui Exco kerajaan negeri sebelum ini.


Beliau berkata, setiap keputusan yang dibuat mestilah mengikut kepada perundangan di peringkat negeri.


“Tidak mungkin Datuk Rauf boleh mencampuri urusan negeri yang disebut kononnya mesyuarat MMKN tak boleh dijalankan, banyak perkara yang ditangguh perlu dirujuk.


“Itu adalah keputusan bersama, Datuk Idris Haron pun pernah menjadi Ketua Menteri, keputusan secara bersama ketika MMKN, segala kertas-kertas yang diangkat itu kita dapat pada hari mesyuarat.


“Macamana saya boleh merujuk kepada Datuk Ab Rauf jika laporan yang diangkat itu hanya diperoleh dari MMKN,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika wawancara khas ‘Anda Musykil Kami Terjah’ yang bersiaran secara maya di Facebook rasmi Menjelang PRU, malam tadi.


Ujarnya, keputusan dibuat secara konsensus dan jika ada ahli mesyuarat MMKN tidak bersetuju, maka ianya akan ditangguhkan.


“Kalaulah katakan ada di kalangan ahli mesyuarat MMKN tidak bersetuju, tak apa keputusan akan diambil,kita tangguh dan segala keputusan dipersetujui oleh semua ahli MMKN.


“Apabila ada di kalangan Exco kata ‘minta dulu Yang Amat Berhormat kita tangguhkan kertas ini biar saya siasat dahulu’, pasti kita tangguhkan mesyuarat…kalau sesuatu perkara itu terlibat dalam kawasan mereka,” katanya.

bottom of page