• Arissa

Sultan Johor benarkan Solat Jumaat dan Solat Lima Waktu di semua Masjid dan Surau negeri Johor

8 Julai 2021

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menghadkan jumlah jemaah bermula 9 Julai ini.


Bagi Solat fardhu Jumaat, Solat Fardhu Lima Waktu, Solat Sunat Aidil Adha dan Solat Jenazah, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid Dan Surau serta jemaah yang hadir ke masjid atau surau adalah yang telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 kecuali Imam, Bilal dan Noja yang bertugas.


Sekiranya bilangan jemaah yang hadir tidak mencukupi sebagaimana ketetapan, maka Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau serta jemaah yang lain boleh menghadiri masjid dan surau dengan syarat telah menerima sekurang-kurangnya (1) dos vaksin Covid-19.


Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Samsudin, pada Rabu.



--PN Online