Arissa Azman
Sultan Johor perkenan perubahan penjarakan fizikal solat berjemaah
5 Januari 2022
JOHOR BAHRU: Duli yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah dalam satu kenyataan media berkenaan perubahan penjarakan fizikal antara jemaah dalam saf solat berjemaah dan aktiviti-aktivit pengimarahan di masjid dan surau negeri Johor dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Johor dibenarkan pelaksanaan solat fardhu Jumaat dan solat berjemaah fardhu Lima waktu didirikan dengan pengurangan penjarakan daripada 1 meter kepada setengah meter di antara para jemaah.
Solat hajat pula hendaklah dilaksanakan selepas solat fardhu maghrib setiap hari dan selepas solat fardhu Jumaat setiap minggu di seluruh masjid dan surau negeri Johor dan Qunut Nazilah hendahlak dibaca dalam solat fardhu Jumaat setiap minggu.
Bagi program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama daripada satu jam ditambah kepada tempoh tidak melebihi daripada dua jam.
Walaubagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau hendaklah memastikan kesemua jemaah yang hadir ke surau mematuhi S.O.P pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.
S.O.P berkenaan termasuklah jemaah telah menerima suntikan lengkap dua dos vaksin, memakai, pelitup muka, membawa sejadah berukuran besar dan memastikan tidak bergejala.
Perubahan ini berkuatkuasa mulai hari Jumaat bertarikh 4 Jamadil Akhir 1443H bersamaan 7hb Januari 2022 hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Comments